Jumaat, 2 Januari 2015

MAJLIS ORIENTASI MURID TAHUN SATU/PRA SEKOLAH 2015

Majlis Orientasi Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah sesi persekolahan 2015 telah diadakan pada 31 Disember 2014 (Rabu) di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Safizan Zakaria dan diikuti oleh ucapan daripada Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS.

En. Mohd Nasir bin Salim,GPK Hal Ehwal Murid juga memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai Unit Hal Ehwal Murid SK Tun SAS.

Seterusnya diikuti dengan Taklimat Kesihatan daripada wakil Klinik Kesihatan Ayer Keroh.

Turut hadir bersama ialah En. Zulkifli Mohamad,wakil PIBG SK Tun SAS dan barisan GPK SK Tun SAS dan semua warga guru SK Tun SAS.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan