Jumaat, 6 Februari 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ' HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN " 2015

Majlis Pelancaran Program ' Hulurkan Tangan Ringankan Beban ' 2015 telah dilancarkan pada hari ini di Dataran Tun Tuah. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun Sas.

Program yang dikelolakan oleh JK Kebajikan,Insuran dan Anugerah ,SK Tun Sas ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan budaya sekolah penyayang. Ianya juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan seluruh warga sekolah tentang pentingnya memberi perhatian,peduli dan nilai kasih sayang antara satu sama lain.

Program ini akan dijalankan pada setiap hari Jumaat di mana pihak JK akan mengedarkan tabung derma Hari Jumaat kepada semua warga SK Tun Sas.
Kutipan derma tersebut akan diagihkan untuk murid yang kematian ibubapa/penjaga yang sah,murid yang ditimpa musibah/kemalangan dan 30% adalah untuk tabung surau sekolah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan