Jumaat, 30 Oktober 2015

PROGRAM KHIDMAT BAKTI KOMPLEKS ANAK YATIM FATIMAH AL-ZAHRA,BUKIT KATIL

Program Khidmat Bakti Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil Melaka anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Program telah dijalankan pada 30 Oktober 2015 yang melibatkan guru-guru Sivik dan sebahagian murid Tahun 6. Terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SK Tun SAS yang telah memberikan sumbangan.






Rabu, 28 Oktober 2015

SK TUN SAS JOHAN PERTANDINGAN INOVASI UTeMEX 2015

SK Tun SAS telah menjadi Johan Pertandingan Inovasi UTeMEX 2015 anjuran Universiti Teknikal Melaka Malaysia ( UTeM ) Pertandingan ini diadakan sempena dengan Expo Penyelidikan dan Inovasi ( UTeMEX ) pada 27 dan 28 Oktober 2015 di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk UTeM ,Durian Tunggal,Melaka.

SK Tun SAS diwakili oleh pasukan daripada Unit KBAT SK Tun SAS di bawah bimbingan Pn. Aziyah Surip dan Pn. Latifah Mohd Ali.

TAHNIAH BUAT PASUKAN SK TUN SAS DAPAT MENGHARUMKAN NAMA SK TUN SAS...



Jumaat, 23 Oktober 2015

LAWATAN KONSULTASI KBAT DAN PA21 DARIPADA PIHAK IAB KE SK TUN SAS

Warga SK Tun SAS teleh menerima lawatan konsultasi KBAT dan PA21 daripada pihak IAB pada hari ini.
Lawatan diketuai oleh Pn. Rosmah dari Institut Aminudin Baki bersama dengan 3 orang pemantau lain.
Turut hadir sama ialah Tn. Hj. Hassan Suboh daripada PPD Melaka Tengah.


Rabu, 21 Oktober 2015

KAJIAN SELIDIK UNTUK MENGETAHUI TAHAP KEMUDAHAN,KEMAHIRAN DAN PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH

SEGERA

Salam sejahtera.

Assalammualaikum w.b.t,

Untuk makluman, url emelaka.gov.my mengalami sedikit gangguan teknikal.Semua pelajar boleh mengakses borang kaji selidik Tahap Penguasan Asas ICT Di Kalangan Pelajar Sekolah di alamat,

http://goo.gl/forms/QHXPKlRuuR

Soal selidik ini dijalankan untuk untuk mengetahui tahap kemudahan, kemahiran dan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar-pelajar di 313 buah sekolah Negeri Melaka. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tujuan utama pelajar-pelajar menggunakan komputer dan internet.

Terima kasih.

Ahad, 18 Oktober 2015

MAKLUMAN TERKINI -PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN PADA 19 OKTOBER 2015 ( ISNIN ) AKIBAT JEREBU..

P.Kamalanathan
·
EDARAN SEGERA : PENUTUPAN SEKOLAH ESOK 19 OKTOBER 2015
1. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah OPS TOPENG.

2. Sekolah tutup di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan pada lsnin 19hb Oktober 2015 berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

3) Kenyataan media akan menyusul SEGERA.
Sekian. Terima kasih
Cc : Dato' Seri Mahdzir Khalid.

Sabtu, 17 Oktober 2015

BENGKEL SARANA IBUBAPA PROGRAM PEMULIHAN KHAS LINUS 2.0 KELOMPOK 1

Bengkel Sarana Ibubapa Program Pemulihan Khas LINUS 2.0 Kelompok 1 telah diadakan hari ini di Pusat Sumber SK Tun SAS. Program ini melibatkan 18 buah sekolah rendah dalam daerah Melaka Tengah.
Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj Mohd Arif bin Yusa, Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh merangkap Pengerusi PIBG SK Tun SAS.
Turut hadir bersama ialah En. Kamaruddin Abd Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS, wakil Guru Besar dari SK Datuk Demang Husin, SK Batu Berendam 2 dan SK Kg Tun Razak.

Pegawai Fasilinus dan pegawai pemulihan daripada PPD Melaka Tengah juga turut hadir sama


Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
 1. Ceramah terapi pertuturan daripada Pegawai Perubatan Hospital Melaka.
 2. Pembinaan BBM oleh Ibubapa
 3. Aktivivt Didik Hibur untuk murid Pemulihan dan LINUS

Selasa, 13 Oktober 2015

LAWATAN PPKI SK TUN SAS KE SEKOLAH PENYALUR PPKI SMK AYER KEROH

Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Penyalur PPKI SMK Ayer Keroh telah diadakan pada hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Program PPKI SMK Ayer Keroh kepada semua murid PPKI SK Tun SAS.

Lawatan ini dikendalikan oleh Penyelaras PPKI SK Tun SAS, Pn. Diana Abu Talib bersama dengan guru-guru PPKI ; Pn. Masitah Amik dan En. Mohd Razali Shahari.


PERMOHONAN MURID ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU ( 1 ) DAN TINGKATAN EMPAT ( 4 ) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH ( SBP ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016




 KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 DAN TINGKATAN 3 - 2015

Dengan segala hormatnya surat KPM(BPSBPSK) 600-1/4/23(4) bertarikh 12 Oktober 2015 adalah dirujuk.

 




2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Sekolah Berasrama Penuh yang boleh dilayari di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia; www.moe.gov.my adalah seperti ketetapan berikut :-

Permohonan ke Tingkatan Satu (1)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
15 Oktober 2015 – 15 November 2015

Permohonan ke Tingkatan Empat (4)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
10 – 30 Disember 2015

3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Melaka memohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan makluman ini kepada semua ibu bapa murid Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga (3) di sekolah Tuan / Puan.

4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, segala kerjasama yang diberikan berkaitan perkara ini diucapkan ribuan terima kasih
.

Ahad, 4 Oktober 2015

TAHNIAH BUAT PASUKAN MEMANAH SK TUN SAS - KEJOHANAN MEMANAH REMAJA NEGERI MELAKA 2015

Tahniah buat pasukan Memanah SK Tun SAS kerana berjaya memenangi pingat dalam Kejohanan Memanah Remaja Negeri Melaka 2015 yang diadakan pada 4 Oktober 2015 ( Ahad ) di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh,Melaka

Keputusannya

 KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

Mohamad Afham  - Johan  30meter
                                 Gangsa  20 meter
Muhamad Aiman - Gangsa  30 meter
                                  Perak  20meter
Maisarah                - Gangsa  30 meter
                                   Gangsa 20 meter

 

KENYATAAN MEDIA KPM - MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH


MAKLUMAT TERKINI PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN SELAMA 2 HARI ( 5 OKT 2015 - 6 OKT 2015 ) - ISNIN DAN SELASA


Khamis, 1 Oktober 2015

TAHNIAH BUAT MURID YANG BERJAYA DALAM SARINGAN UJIAN UKM2 - PERMATA PINTAR




Untuk makluman, 2 orang murid SK Tun SAS telah berjaya melepasi saringan Ujian UKM2 Permata Pintar dan Layak mengikuti Program di Pusat Permata Pintar,UKM pada 29 Nov-18Dis 2015, iaitu:

1) Nia Karena binti Kamarulzaman ( 6Kenanga )
2) Muhd Hafizuddin Akhtar bin Mohd Zainal Abidin ( 5Kenanga )

*Semoga lebih ramai lg murid yg berjaya melepasi ujian permata pintar slps ini memandangkan soalan2 yg diberikan susah bg tahap mereka.


TAHNIAH ..

MAKLUMAN KEBENARAN PULANG AWAL UNTUK CALON-CALON YANG MENDUDUKI UPKK 2015