Selasa, 13 Oktober 2015

PERMOHONAN MURID ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU ( 1 ) DAN TINGKATAN EMPAT ( 4 ) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH ( SBP ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016




 KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 DAN TINGKATAN 3 - 2015

Dengan segala hormatnya surat KPM(BPSBPSK) 600-1/4/23(4) bertarikh 12 Oktober 2015 adalah dirujuk.

 




2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Sekolah Berasrama Penuh yang boleh dilayari di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia; www.moe.gov.my adalah seperti ketetapan berikut :-

Permohonan ke Tingkatan Satu (1)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
15 Oktober 2015 – 15 November 2015

Permohonan ke Tingkatan Empat (4)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
10 – 30 Disember 2015

3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Melaka memohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan makluman ini kepada semua ibu bapa murid Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga (3) di sekolah Tuan / Puan.

4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, segala kerjasama yang diberikan berkaitan perkara ini diucapkan ribuan terima kasih
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan