Khamis, 5 November 2015

PROGRAM JALINAN PENDIDIKAN TNB BERSAMA-SAMA KAMI - SK TUN SAS





Program Jalinan Pendidikan " TNB bersama-sama kami " SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah diadakan pada 5 November 2015 di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Baderol Sham bin Saad ,Pengurus Besar ,Tenaga Nasional Berhad,Melaka.
Turut hadir bersama ialah Yang Berusaha,Tn Hj. Adam Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS,Tn. Hj  Mohd Arif Hj, Yusa, Pengerusi PIBG SK Tun SAS, En. Shahrom daripada PPD Melaka Tengah dan pegawai-pegawai TNB serta semua guru dan warga sekolah.

Ucapan jutaan terima kasih atas kesungguhan dan keperihatinan pihak TNB yang sudi menjalankan program ini dan memberikan sumbangan Deepavali kepada murid-murid yang akan meraikan perayaan Deepavali tidak lama lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan