Selasa, 14 November 2017

TAHNIAH BUAT TN. HJ. ADAM BIN HJ. MOHAMMAD,GURU BESAR SK TUN SAS DAN PN. LINDA DE COSTA..

Tahniah buat Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS atas penganugerahan Anugerah Kualiti Pengurusan Terbaik Sekolah Rendah 2017 semasa Majlis Hari Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah yang diadakan pada 13 November 2017 ( Isnin ) di Dewan Konvensyen,Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ( MITC ).

Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia ,Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari,Pengarah Pendidikan Melaka.

Turut mendapat Anugerah semasa majlis tersebut ialah Pn. Linda De Costa - Sijil Penghargaan Khas daripada PPD Melaka Tengah. Anugerah Khas telah disampaikan oleh Tn. Abd Halim bin Abd Malek, Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah.

Warga SK Tun SAS berbangga dengan penganugerahan ini dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tn. Hj. Adam. dan Puan Linda De Costa.

TERUSKAN KEGEMILANGAN SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN.......

SK TUN SAS MENGAMALKAN BUDAYA KBAT....

Tn. Hj. Adam menerima sijil daripada Tn. Hj. Abu Bakar Sahari -Pengarah Pendidikan Melaka



Pn. Linda De Costa sedang menerima sijil daripada Tn. Abd Halim Abd Malek Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan