Jumaat, 6 Februari 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ' HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN " 2015

Majlis Pelancaran Program ' Hulurkan Tangan Ringankan Beban ' 2015 telah dilancarkan pada hari ini di Dataran Tun Tuah. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun Sas.

Program yang dikelolakan oleh JK Kebajikan,Insuran dan Anugerah ,SK Tun Sas ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan budaya sekolah penyayang. Ianya juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan seluruh warga sekolah tentang pentingnya memberi perhatian,peduli dan nilai kasih sayang antara satu sama lain.

Program ini akan dijalankan pada setiap hari Jumaat di mana pihak JK akan mengedarkan tabung derma Hari Jumaat kepada semua warga SK Tun Sas.
Kutipan derma tersebut akan diagihkan untuk murid yang kematian ibubapa/penjaga yang sah,murid yang ditimpa musibah/kemalangan dan 30% adalah untuk tabung surau sekolah.



Khamis, 5 Februari 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA MURID LINUS 2015

Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Linus 2.0 bagi tahun 2015 telah diadakan di PSS SK Tun Sas . Majlis penerangan tentang program LINUS telah diterangkan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai fasilinus dari Pejabat Pelajaran Melaka Tengah.









CERAMAH DAN PENDAFTARAN " ARITHMETIK MENTAL GENIUS MIND " ( KIRAAN CEPAT )


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2015



MAKLUMAN PELAKSANAAN PROGRAM JOM 1000 SOALAN 2015


PELANCARAN PROGRAM JOM 1000 SOALAN UNTUK MURID TAHUN 6-2015

Program Jom 1000 Soalan untuk murid-murid Tahun 6 dan Program Jom Ke Sekolah 2015 telah dilancarkan pada 2 Februari 2015 semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Tun Tuah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Program Jom 1000 soalan adalah anjuran Unit Kecemerlangan Tahun 6 manakala Program Jom Ke Sekolah adalah anjuran Unit Hal Ehwal Murid,SK Tun Sas