Isnin, 13 April 2015

PELANCARAN DAN MINGGU KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH 2015

Majlis perasmian Pelancaran dan Minggu Kesedaran Pencegahan Jenayah 2015 telah diadakan di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS pada hari ini semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Tuan Suprintenden Rabuan bin Pit, Ketua Jabatan Pengurusan , Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka.
Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Mohd Arif bin Hj Yusa, Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh merangkap Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS.

Minggu Kesedaran Pencegahan Jenayah ini adalah bertemakan " Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah " dan pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang berlangsungnya minggu ini.
Pada majlis ini juga telah dilancarkan Skuad Cegah Jenayah yang terdiri daripada murid-murid SK Tun SAS.





Rabu, 8 April 2015

MINGGU BAHASA INGGERIS 2015

Minggu Bahasa Inggeris 2015 telah diadakan pada 6 April 2015 hingga 10 April 2015 . Ianya dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris SK Tun SAS.

Minggu Bahasa Inggeris ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj.Adam bin Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS semasa perhimpunan rasmi mingguan.



Khamis, 26 Mac 2015

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU I-THINK DARIPADA SK UJUNG PASIR,MELAKA

JK Program I-Think SK Tun SAS telah menerima lawatan perkongsian ilmu untuk Program I-Think daripada SK Ujung Pasir pada 24 Mac 2015.
Seramai 30 orang guru daripada SKUjung Pasir telah mengadakan lawatan dan menerima taklimat tentang perjalanan dan perlaksanaan program I- Think di SK Tun SAS.

Ucapan terima kasih kepada seluruh warga SK Ujung Pasir atas kesudian mengadakan lawatan ke SK Tun SAS.




  


PROGRAM OUTREACH -PELAJAR PRS SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON SELATAN (SM SAINS MUZAFFAR SHAH) BERSAMA MURID TAHUN 6 SK TUN SAS

Program Outreach PRS Zon Selatan - SM Sains Muzaffar Shah bersama Murid-murid tahun 6 SK Tun Sas telah diadakan pada 25 Mac 2015 di Pusat Sumber SK Tun Sas.

Seramai 12 orang Pembimbing Rakan Sebaya dari SM Sains Muzaffar Shah telah hadir dan menjalankan aktiviti bersama-sama murid Tahun 6.





Jumaat, 13 Mac 2015

PENGANUGERAHAN SK TUN SAS SEBAGAI SEKOLAH BAND 1 - 2015

SK Tun Sas telah dianugerahkan sebagai sekolah Band 1 - 2015 . Majlis penganugerahan dan penyampaian sijil penghargaan telah diadakan pada 4 Mac 2015 di Dewan Bistari,Jabatan Pendidikan Melaka semasa Perhimpunan Bulanan JPM .

Tn. Hj.Adam bin Hj Mohammad , Guru Besar SK Tun Sas telah hadir dan menerima Sijil Penghargaan Band 1 ini.Majlis penyampaian Sijil Penghargaan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Datuk Hj.Mohd Rashid bin Hj.Hussin,Pengarah Pendidikan Melaka.



TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SK TUN SAS...