Isnin, 20 April 2015

PELANCARAN MINGGU MATEMATIK 2015

Majlis Perasmian Pelancaran Minggu Matematik 2015 telah diadakan di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS semasa majlis perhimpunan rasmi mingguan.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu Matematik ini.

Antaranya ialah :

1. Bijak Sifir
2. Nombor Tersembunyi
3. Sambungkan Nombor
4. Kira Cepat
5. Bijak I-Think 2 Dimensi
6. Tangram
7. Jualan Kad Sifir
8. I-Think KAMI

Program yang dirancang oleh Panitia Matematik SK Tun SAS ini adalah untuk menarik minat murid terhadap bidang Matematik disamping untuk memahirkan murid dalam Matematik

PERLAKSANAAN UJIAN PENGESANAN 2 -TAHUN 6 SAHAJA BAGI TAHUN 2015



Sabtu, 18 April 2015

KEM BADAN BERUNIFORM 2015

Kem Badan Beruniform 2015 telah dijalankan di SK Tun SAS pada hari ini. Kem yang melibatkan sebahagian murid tahun 4 dan 5 ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai perkara-perkara yang perlu diketahui semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS telah merasmikan Program Kem Badan Beruniform ini di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS.

Majlis penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh En. Kamaruddin bin Abdul Majid,GPK Pentadbiran SK Tun SAS. Turut hadir bersama ialah Pn. Rahayu binti Mohd Thith,GPK Kokurikulum SK Tun SAS dan semua Penyelaras Unit Beruniform SK Tun SAS.







 

' ENGLISH WRITING WORKSHOP ' BERSAMA MOMMY DEEBA

Program " English Writing Workshop " bersama Mommy Deeba telah dijalankan di Pusat Sumber SK Tun SAS pada hari ini. Program ini teleh disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS.

Bengkel ini dijalankan oleh Puan Adibah binti Mohd Khalid iaitu Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Negeri Johor. Beliau juga adalah seorang Guru Besar di SK Bukit Rahmat,Ledang,Johor.






Khamis, 16 April 2015

PROGRAM "ENGLISH WRITING WORKSHOP" TAHUN 6 BERSAMA GURU CEMERLANG BAHASA INGGERIS NEGERI JOHOR


PERTANDINGAN PEMBACA TERBANYAK 2015 ANJURAN PERPUSTAM



PELANCARAN PROGRAM " AID IN ENGLISH LANGUAGE PROGRAMME " 2015

Majlis pelancaran "Aid In English Programme 2015 " telah dilancarkan pada 14 April 2015 yang lalu.
Pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin  Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS di Dataran Tun Tuah semasa perhimpunan ringkas harian.

Seramai 10 orang murid tahun 6 telah terpilih untuk mengikuti program ini. En. Safaril Madon dan En. Mohammad Musa Maula Boharim adalah tenaga pengajar yang akan melaksanakan program ini.


BARISAN TENAGA PENGAJAR DAN MURID YANG TERLIBAT