Sabtu, 7 Oktober 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TUN SAS DI BRINDLEY TRAINING & CAMPING ,KOMPLEKS UNITI PASIR PANJANG ,NEGERI SEMBILAN2017

Perkhemahan Unit Beruniform SK Tun SAS 2017 telah diadakan pada 6 Oktober 2017 hingga 8 Oktober 2017 di Brindley Training & Camp,Kompleks UNITI Pasir Panjang,Port Dickson,Negeri Sembilan.

Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti perkhemahan akan diadakan sepanjang program ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar,SK Tun SAS..



Rabu, 4 Oktober 2017

LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA MGB KUANTAN - 3 OKT 2017

SK Tun SAS telah menerima lawatan penandaarasan daripada pihak Majlis Guru Besar Kuantan,Pahang Darulmakmur pada 3 Oktober 2017.
Lawatan ini adalah terdiri daripada 45 orang Guru Besar Daerah Kuantan yang diketuai oleh Yang Berbahagia,Datuk Mohamed Sabri bin Mohd Arshad,Pengerusi MGB Kuantan dan barisan JK MGB Kuantan.

Turut hadir bersama ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS, En. Mohd Ali bin Yusof , En. Hasbi bin Mamat ,Pegawai ICT PPD Melaka Tengah dan barisan GPK SK Tun SAS.

Semasa lawatan Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad ,Guru Besar SK Tun SAS telah memberikan taklimat tentang aktiviti sekolah serta penerangan tentang  Program KBAT di SK Tun SAS.

Semua peserta lawatan juga telah berpeluang untuk  melawat ke Bilik KBAT SK Tun SAS 




   

PENYAMPAIAN HADIAH PASUKAN SENAMROBIK KELAB DOKTOR MUDA SK TUN SAS 2017




MAJLIS PENYAMPAIAN MEDAL SUKAN ELIT AKUATIK 2017


Isnin, 2 Oktober 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) - PERLAKSANAAN SKPMg2 2017

Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) telah diadakan pada hari ini di PSS SK Tun SAS dengan tajuk " Perlaksanaan SKPMg2 .
LDP ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Hassan Suboh,Pegawai SISC,PPD Melaka Tengah dan pegawai SIC+





MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PERCUBAAN 2018


Majlis Pelantikan Pengawas Percubaan sesi 2018 telah diadakan semasa Perhimpunan Rasmi Minggu ke 35.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam bin Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS.