Jumaat, 30 September 2011

ACARA PRA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011

Acara Pra Kejohanan Sukan Tahunan 2011 akan diadakan pada :

Tarikh    : 4  & 5 Oktober 2011
Hari       : Selasa / Rabu
Masa     : 8.00 - 10.00 pagi
Acara yang dipertandingkan :
  4 Oktober 2011 ( Selasa ) 
1. Larian 60 meter L/P ( bawah 10/11/12 ) - separuh akhir
2. Lompat Jauh  L/P ( bawah 10/11 )  - akhir
3. Lontar Peluru L/P ( bawah 11/12 )  - akhir
4. Lompat Tinggi L/P ( bawah 10/12 )  - akhir

   5 Oktober 2011 ( Rabu )
1. Larian 200 meter L/P ( bawah 10/11/12 )  - separuh akhir
2. Lompat Jauh L/P ( bawah 12 thn )  - akhir
3  Lontar Peluru L/P ( bawah 10 )  -  akhir
4. Lompat Jauh L/P ( bawah 11 )  - akhir
5. 4  X 200 meter  L/P ( bawah 10/11/12 )  - akhir

Semua murid yang telah dipilih untuk mewakili rumah sukan masing-masing dikehendaki bersedia .
Harap maklum.

Rabu, 28 September 2011

SEKITAR PROGRAM SUKAN TARA 2011

Program Sukan Tara 2011 telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 28 September 2011 dan 29 September 2011.
Murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam acara sukan iaitu
lompat jauh,lontar peluru dan acara 100 meter dan 200 meter.
Murid dibahagikan kepada 4 buiah rumah sukan iaitu Rumah Kuning ( Temenggung ) ,Rumah Merah ( Syah bandar ) ,Rumah Biru ( Laksamana ) dan Rumah Hijau ( Bendahara )

Bagi murid Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) dilibatkan dengan acara Sukaneka .



 Acara Sukaneka Tahap 1.






Lompat Jauh Tahap 2






Lomtar Peluru - Tahap 2











Larian 100 meter - Tahap 2







KLIK DISINI :
GALERI SUKANTARA

Selasa, 27 September 2011

SEKITAR KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN SAS 2011

Kejohanan Merentas Desa SK Tun Sas telah diadakan pada 27 September 2011 bermula pada jam 4.00 petang. Larian bermula dari kawasan trek balapan SK Tun Sas dan terus keluar menerusi Laluan Pintu Utama menyusuri kawasan sekitar Taman Tasek Utama.

Larian merentas desa ini dijalankan berkonsepkan sukan untuk semua seperti yang diwajibkan oleh KPM.
Unit Ko-Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program merentas desa ini.

Murid -murid yang terlibat dalam larian ini ialah dari Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6 . Ianya diwajibkan untuk semua pelajar Tahap 2.

    "   MURID AKTIF SEKOLAH TERBILANG "


















Isnin, 26 September 2011

PENYAMPAIAN HADIAH CERIA MERDEKA 2011

Majlis penyampaian hadiah sempena sambutan Ceria Merdeka telah diadakan di Dataran Ilmu SK Tun Sas.
Hadiah-hadiah telah  disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid ,En. Mohd Nasir Salim dan GPK 1 ,En. Kamaruddin Abdul Majid  semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Antara pertandingan yang diadakan sempena Ceria Merdeka 2011 ialah :
1. Pertandingan Sajak Tahap 2
2. Pertandingan Mewarna Tahap 1
3. Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1/2
4. Pertandingan Nyanyian Solo Patriotik Tahap 1/2
5. Pertandingan Koir antara Kelab/Persatuan/Unit Beruniform






Sabtu, 24 September 2011

JAMUAN HARI RAYA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK TUN SAS 2011

Jamuan Hari Raya Kelab Guru dan Kakitangan SK Tun Sas telah diadakan di Ruang Legar SK Tun Sas pada 24 September 2011 ( Sabtu ) . Ianya dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SK Tun Sas yang berkesempatan untuk hadir.

















KLIK DISINI : GALERI JAMUAN RAYA 2011

PROGRAM UJIAN TARA 2011

Program Ujian Tara SK Tun Sas 2011 akan dijalankan pada :

Tarikh  : 28 dan 29 September 2011 ( Rabu/Khamis)
Masa   : 8.00 pagi
Penglibatan : Semua murid tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 )
Acara yang diuji :
1. 100 meter
2. Lompat Tinggi
3. Lompat Jauh
4. Lontar Peluru

Semua murid tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki memakai baju sukan semasa program dijalankan.
Harap maklum.