Jumaat, 13 November 2015

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2015

Keputusan UPSR 2015 akan diumumkan pada 17 November 2015 ( Selasa ) ini.
Ibubapa/Penjaga boleh menyemak keputusan anak tuan/puan dengan menggunakan perkhidmatan SMS
mulai jam 10.00 ,17 November 2015 hingga 11.59malam,23 November 2015 ,
Sila rujuk maklumat dibawah.


SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa ibubapa/penjaga SK Tun SAS boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2015 anak tuan/puan secara atas talian.

Sila layari
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

untuk mengetahui keputusan anak tuan/puan.


Ahad, 8 November 2015

KEJOHANAN GOLF REMAJA PGNM SIRI 2/2015

Pasukan Golf SK Tun SAS telah menyertai Kejohanan Golf Remaja PGNM Siri 2/2015 telah berlangsung pada pagi ini 8 November 2015.
Pasukan Golf SK Tun SAS menghantar 8 orang peserta.
Keputusannya

Kategori Bawah 10 Perempuan          -  Nuril Huril AIn bt Selamat ( Emas )
Kategori Bawah 12 Lelaki                  -  Wan Hasnul Daniel bin Wan Omar Zahri ( Perak )
Kategori Bawah 12 Perempuan          -  Nur Ainna Hidayah bt Borhan ( Emas )

TAHNIAH BUAT PASUKAN GOLF SK TUN SAS DAN JURULATIHNYA.



KEM UNIT BERUNIFORM SK TUN SAS 2015

Kem Unit Beruniform SK Tun SAS 2015 telah diadakan pada 6 - 8 November 2015 di Kem PLKN Ayer Keroh,Melaka.







Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Encik Adzli bin Ahmad,Ketua Seksyen Deposit,Bank Simpanan Nasional Melaka.
Turut hadir ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS,barisan GPK dan semua guru SK Tun SAS.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kem ini berjalan. Antaranya ialah " Ice Breaking " , " Team Building "
" Night Walking " , Flying Fox " , " Explorace " dan Malam Kebudayaan.



 

Khamis, 5 November 2015

PROGRAM JALINAN PENDIDIKAN TNB BERSAMA-SAMA KAMI - SK TUN SAS





Program Jalinan Pendidikan " TNB bersama-sama kami " SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah diadakan pada 5 November 2015 di Dataran Tun Tuah,SK Tun SAS.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Baderol Sham bin Saad ,Pengurus Besar ,Tenaga Nasional Berhad,Melaka.
Turut hadir bersama ialah Yang Berusaha,Tn Hj. Adam Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS,Tn. Hj  Mohd Arif Hj, Yusa, Pengerusi PIBG SK Tun SAS, En. Shahrom daripada PPD Melaka Tengah dan pegawai-pegawai TNB serta semua guru dan warga sekolah.

Ucapan jutaan terima kasih atas kesungguhan dan keperihatinan pihak TNB yang sudi menjalankan program ini dan memberikan sumbangan Deepavali kepada murid-murid yang akan meraikan perayaan Deepavali tidak lama lagi...