Sabtu, 31 Disember 2011

MAJLIS PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH

Majlis Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah telah diadakan pada :

Tarikh      :  31 Disember 2011 ( Sabtu )
Masa       :   8.00 pagi
Tempat    : Dewan Terbuka ( Tahun 1 )
                 Dewan Makan Pra ( Pra Sekolah )

Seramai 161 orang murid Tahun 1 telah mendaftar sebagai murid SK Tun Sas mulai sesi persekolahan 2012 yang akan bermula pada 4 Januari 2012 ini. Murid Tahun 1 diiringi oleh ibubapa/penjaga semasa datang ke majlis ini.
Tuan Guru Besar SK Tun Sas menerangkan mengenai KSSR kepada semua ibubapa/penjaga Tahun 1 yang hadir dan GPK HEM pula menerangkan tentang peraturan serta amalan-amalan yang perlu dipatuhi semasa
murid berada di SK Tun Sas

Bagi Pendaftaran Murid Pra Sekolah majlis telah dimulakan dengan taklimat ringkas perjalanan kelas Pra Sekolah oleh Guru Pra Sekolah,Pn. Zalinda Sakari dan diikuti oleh penerangan dari GPK 1 tentang penglibatan ibubapa dalam aktiviti Pra Sekolah. Untuk tahun 2012 seramai 50 orang murid Pra Sekolah yang terpilih akan mengikuti kelas ini. Jawatankuasa Pemuafakatan Ibubapa Pra Sekolah juga telah dilantik bagi sesi persekolahan 2012 .  Jawatankuasa ini terdiri daripada kalangan ibubapa/penjaga dan Guru sendiri.






Taklimat dari GPK HEM SK Tun Sas






Antara ibubapa/penjaga yang hadir.


 





 .

Ibubapa murid Pra Sekolah yang hadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan