Selasa, 27 Disember 2011

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2012

Mesyuarat Guru kali pertama telah diadakan pada :

Tarikh : 27 Disember 2011 ( Selasa )
Masa  : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Tun Sas,Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar. Tuan Guru Besar telah membentangkan prestasi UPSR  dan akademik keseluruhan sekolah bagi tahun 2011.
Ini diikuti dengan pembentangan tugasan pentadbiran 2012 yang disampaikan oleh     GPK 1 , GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Ko-Kurikulum .

3 orang guru SK Tun Sas telah berpindah ke sekolah lain iaitu :
- Pn. Hanita Ajis   - SK Presint 9,Putrajaya
- En. Buddiman Bulindan - SK Ayer Keroh
- En. Zainuddin Zainal Abidin - SK Tedong,Merlimau.

SK Tun Sas telah mendapat 4 orang guru yang berpindah masuk iaitu :
- Pn. Nur Thaniah Hj Abu Samah  - dari SK Kg Tun Razak
- Pn. Zarina Ibrahim - dari SK(P) Methodist 2
- Pn. Nur Aisyah Arshad - dari SK Taman Universiti 2
- Cik Rahmah Jaffar  - SK Jawa Sumbiling,Tenom,Sabah.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengahari dan diikuti dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak pengurusan kantin sekolah. Jamuan telah dibiayai oleh ibubapa murid tahun 6 yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2012. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah memberikan sumbangan ini.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan