Sabtu, 3 Mac 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Program Guru Penyayang adalah satu program baru Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dilaksanakan di semua sekolah dengan matlamat ke arah mewujudkan suasana sekolah yang aman dan sejahtera menerusi slogan
' Murid Didahulukan,Pencapaian Murid Diutamakan'

Objektif program ini adalah untuk :

1. Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru SK Tun Sas.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4. Menghargai sumbangan murid,ibubapa dan masyarakat kepada sekolah.

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang akan dilaksanakan di SK Tun Sas pada :

Tarikh     :  5 Mac 2012 
Hari        :  Isnin
Tempat   : Dataran Ilmu,SK Tun Sas.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Azmi b. Baki serta isteri dan En. Alzakri b. Ekhwan serta isteri atas sumbangan peribadi yang diberikan bagi melancarkan lagi majlis ini.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan