Sabtu, 24 Mac 2012

PROGRAM LADAP SIRI 2/2012

Program LADAP Siri 2/2012 telah diadakan di Bilik Tayang SK Tun Sas. Program LADAP ini adalah menggabungkan 4 buah sekolah dalam kumpulan CO 11 iaitu SK Batu Berendam,SK Batu Berendam 2,SRA Jaim Kg. Tun Razak dan SK Tun Sas sebagai tuanrumah.

SK Tun Sas menjadi tuanrumah bagi Bengkel Pendedahan Peperiksaan UPSR Matematik. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Yusof Hj. Abd Rahman - Guru Pakar Matematik.

Seramai hampir 40 orang guru matematik gabungan sekolah-sekolah dalam CO11 terlibat dalam perbengkelan ini.

Sementara itu bagi Guru Bahasa Malaysia dan Sains sesi perbengkelan diadakan di SK Batu Berendam 2.
Bagi  mata pelajaran Bahasa Inggeris pula , SK Batu Berendam menjadi tuanrumah.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan