Isnin, 23 April 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SK TUN SAS 2012

Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini 23 April 2012. Majlis diadakan di Dataran Tun Tuah , SK Tun Sas semasa perhimpunan rasmi sekolah.
En. Loh Chee Cheong, Penolong Pengarah,Pendididikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Melaka telah sudi untuk menyempurnakan majlis pelancaran ini.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Rasmi iaitu Negaraku,Melaka Maju Jaya dan Wawasan Pendidikan Melaka. Ianya diikuti dengan bacaan doa dan bacaan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh En. Mohd Nasir Salim,GPK HEM,SK Tun Sas.

Seterusnya ucapan dari En. Kamaruddin Abdul Majid,GPK Pentadbiran,SK Tun Sas.
Akhirnya diikuti dengan ucapan perasmian dari En. Loh Chee Cheong,Penolong Pengarah,Pendidikan Pencegahan Dadah,JPM.

En. Loh telah sudi untuk melancarkan majlis dengan gimik pelancaran yang telah disediakan oleh JK Majlis .

Ucapan ribuan terima kasih kepada En. Loh Chee Cheong atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis ini.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan