Jumaat, 13 April 2012

MAJLIS SUMBANGAN MISI PENGANTARABANGSAAN KE KARNIVAL KESENIAN MURID ANTARABANGSA KOCEALI,TURKI

Majlis Penyampaian Sumbangan Misi Pengantarabangsaan ke Karnival Kesenian Murid Antarabangsa di Koceali, Turki telah diadakan di Dataran Tun Tuah, SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Encik Husin bin Chek, Ketua Unit Ko-Kurikulum,Jabatan Pelajaran Melaka dalam satu majlis ringkas pada pagi ini.
Majlis turut dihadir oleh Encik Mohd Nasir bin Majid,Penyelia Unit Ko-Kurikulum,JPM dan ibubapa murid yang terlibat.

Encik Husin bin Chek telah menyerahkan sumbangan dari Jabatan Pelajaran Melaka dan bendera Melaka kepada guru pengiring pasukan tarian SK Tun Sas,Pn. Nurthaniah Hj. Abu Samah.
Sumbangan juga diberikan oleh PIBG SK Tun Sas yang diwakili oleh En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad kepada Tn. Guru Besar SK Tun Sas,Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar.

Murid-murid yang terlibat juga telah mempersembahkan tarian  semasa majlis ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan