Isnin, 30 Disember 2013

MAJLIS ORIENTASI MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2014

Majlis Orientasi Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah telah diadakan pada hari ini di Dewan Tun Fatimah.
Semua Ibubapa/Penjaga murid tahun 1 hadir semasa majlis ini diadakan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zairul Izham Alias dan diikuti dengan ucapan dan sesi penerangan daripada Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia, Tn. Hj. Arif Hj. Yusa , wakil Pengerusi PIBG SK Tun Sas.

Seterusnya, En.Mohd Nasir bin Salim,GPK Hal Ehwal Murid memberikan penerangan tentang peraturan dan keselamatan semasa berada  di sekolah.

Seramai 192 orang murid tahun 1 telah mendaftar untuk masuk ke Tahun 1 di SK Tun Sas.

Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga yang hadir bersama semasa majlis orientasi dan pendaftaran ini.






  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan