Isnin, 6 Januari 2014

PENYAMPAIAN MEDAL KEJOHANAN SKUASY

Majlis Penyampaian Medal Kejohanan Skuasy telah diadakan semasa perhimpunan rasmi minggu ke 2 ini.
Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Adik Alyssa Renai binti Aziz telah mengambil bahagian dalam 3 kejohanan sepanjang cuti persekolahan yang lalu.

1. Kejohanan Skuasy Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO 2013  -  1 st Leg diadakan pada 8 hingga 10 November 2013 di Kompleks Skuasy Nasional,Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Adik Alyssa Renai bin Aziz telah menjadi Juara Kategori Perempuan Bawah 9 tahun.

2.  Kejohanan Skuasy Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO 2013   - 2 nd Leg diadakan pada 26 hingga 29 November 2013 di Kompleks Skuasy Nasional,Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Adik Alyssa Renai bin Aziz telah menjadi Juara Kategori Perempuan bawah 9 tahun.

3. Kejohanan Skuasy Antarabangsa Redtone ,Kuala Lumpur Junior Open Squash Championship 2013 kali ke 7 telah diadakan pada 10 hingga 15 Disember 2013 di Kompleks Skuasy MSN ,Jalan Duta,Kuala Lumpur. Kejohanan ini melibatkan 10 buah negara luar.

Adik Alyssa Renai bin Aziz telah mendapat tempat ke 2 dalam Kategori Perempuan Bawah 9 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Adik Alyssa Renai bin Aziz. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan