Isnin, 13 Januari 2014

PELANCARAN PROGRAM ANTI PONTENG DAN PAS KELUAR KELAS 2014

Program Anti Ponteng dan Pas Keluar Masuk 2014 telah dilancarkan pada hari ini semasa perhimpunan rasmi sekolah .
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas .

Program yang dilancarkan ini antara matlamat utamanya ialah :
1. 95% murid hadir penuh setahun.
2. 0% murid ponteng kelas sepanjang tahun.
3. Memupuk jati diri dan sikap bertanggungjawab dikalangan murid terhadap diri sendiri,ibubapa,sekolah
    agama dan bangsa.
4. Meningkatkan disiplin murid untuk mencapai tahap salah laku sifar.
5. Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis dan kodusif bagi menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
6. Meningkatkan peratus prestasi akademik dan penglibatan murid dalam semua aktiviti sekolah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan